Kata laluan anda juga telah dihantar ke alamat e-mel yang diberikan.
Syarat Peraduan «Menangi Trip Lawatan ke Perlawanan Borussia!»
Peruntukan umum
Nama peraduan ialah Menangi Trip Lawatan ke Perlawanan Borussia (selepas ini akan dirujuk sebagai "Peraduan").
Peraduan ini dianjurkan oleh Kumpulan InstaFintech (selepas ini akan dirujuk sebagai "Penganjur")
Hadiah peraduan: Trip lawatan ke Dortmund, Jerman untuk menyaksikan perlawanan bola sepak diantara Borussia - Bavaria (4 April, 2020).
Tempoh peraduan: 13 Januari - 28 Februari, 2020.
Peserta
Rakan Niaga InstaForex yang berumur lebih 18 tahun dan sah boleh mengambil bahagian dalam Peraduan (selepas ini akan dirujuk sebagai "Peserta").
Untuk menjadi Peserta, anda perlu untuk menarik sekurang-kurangnya 20 orang pelanggan aktif dengan deposit sebanyak 20,000 USD/EUR dengan deposit dagangan sekurang-kurangnya 5%, yang sama dengan 1000 InstaForex-lots (100 lot pasaran), semasa tempoh Peraduan.
Mana-mana Rakan Niaga InstaForex boleh mengambil bahagian dalam Peraduan ini.
Penentuan Pemenang
Dalam Peraduan ini, seramai empat Pemenang akan ditentukan.
Pemenang akan ditentukan oleh empat nombor Borussia secara rawak berdasarkan digit terakhir 9 mata wang pada 28 Februari jam 23:56, 23:57, 23:58, 23:59 (GMT+2). Nombor Borussia mestilah berpadanan dengan nombor tiket komisen ejen yang lebih tinggi daripada 1 USD, EUR.
Pada 28 Februari 2020, pasangan mata wang berikut akan ditetapkan:
Digit pertama nombor Borussia = angka akhir pada kadar penutupan pasangan mata wang EUR/USD
Digit kedua nombor Borussia = Digit akhir pada kadar penutupan pasangan mata wang GBP/USD
Digit ketiga nombor Borussia = Digit terakhir pada kadar penutupan pasangan mata wang USD/JPY
Digit keempat nombor Borussia = Digit akhir pada kadar penutupan pasangan mata wang USD/CHF
Digit kelima nombor Borussia = Digit terakhir pada kadar penutupan pasangan mata wang USD/CAD
Digit keenam nombor Borussia = Digit terakhir pada kadar penutupan pasangan mata wang AUD/USD
Digit ketujuh nombor Borussia = Digit akhir pada kadar penutupan pasangan mata wang NZD/USD
Digit kelapan nombor Borussia = Digit terakhir pada kadar penutupan pasangan mata wang EUR/JPY
Digit kesembilan nombor Borussia = Digit terakhir pada kadar penutupan pasangan mata wang EUR/CHF
Sekiranya terdapat beberapa akaun dagangan rakan niaga yang berbeza memenuhi syarat-syarat Peraduan, maka rakan niaga yang mempunyai lebih banyak pelanggan yang dirujuk pada pembentukan nombor Borussia akan diumumkan sebagai Pemenang.
Sekiranya nombor Borussia adalah berpadanan dengan Pemenang terdahulu, Peserta seterusnya akan menjadi Pemenang, yang mana nombor tiketnya paling hampir dengan nombor Borussia.
Pengumuman Keputusan
Maklumat kediaman Peserta akan disiarkan.
Keputusan Peraduan akan dikeluarkan dalam tempoh 7 hari apabila semua penilaian selesai.
Dalam tempoh 7 hari selepas keputusan Peraduan diumumkan, Pemenang dan Penganjur akan mengadakan perbincangan melalui panggilan telefon berkaitan semua isu trip lawatan.
Selepas akaun dagangan pemenang ditentukan, Penganjur akan memeriksa maklumat mengenai Pemenang dan legitimasi penyertaannya dalam Peraduan mengikut perenggan 2.1. - 2.3. di sini. Sekiranya terdapat maklumat palsu, atau Pemenang tidak mempunyai hak untuk menyertai Peraduan, keputusan Peraduan diumumkan sebagai tidak sah.
Sekiranya prosedur tuntutan hadiah dilanggar oleh Pemenang (ketiadaan ID, tamat tempoh sah ID, dll.) Pihak Penganjur berhak untuk menarik status pemenang.
Pihak Penganjur berhak untuk tidak mengiktiraf Pemenang sekiranya terdapat penipuan atau manipulasi lain.
Peserta bersetuju bahawa mereka akan menguruskan segala isu berkaitan visa, walau bagaimanapun, Pihak Penganjur akan memberikan peruntukan untuk semua perbelanjaan termasuk membayar tiket penerbangan dan penginapan hotel untuk mendapatkan visa.
Jika Pemenang menolak untuk menyertai trip lawatan ini, maka dana yang dikreditkan kepadanya sebelum ini akan ditarik dari akaun, dan tempatnya akan diganti oleh Pemenang lain, yang ditentukan oleh Penganjur.
Peruntukan Akhir
Penganjur mengambil langkah-langkah perlindungan data yang berkaitan dengan Peraduan terhadap akses yang tidak dibenarkan dan tidak diwajibkan untuk memberi sebarang maklumat kepada pihak ketiga.
Fakta pendaftaran untuk Peraduan jika berlaku kemenangan bermakna Peserta bersetuju pengunaan namanya untuk tujuan pengiklanan. Semua hak cipta bahan iklan dikhaskan oleh Penganjur.
Semua pertikaian dan perselisihan faham yang mungkin timbul di dalam Peraduan dan hasilnya diselesaikan melalui rundingan.
Pendaftaran untuk Peraduan bermakna Peserta telah bersetuju dengan perjanjian peraturan dan syaratnya.
Jika Pemenang enggan mematuhi peraturan, penyertaannya tertakluk kepada pembatalan.